UTMFin PDF Print E-mail
Written by Mohamad Zaki Mohd Arif | Tuesday, 03 January 2012 06:58   

MAKLUMAN PERUBAHAN PENGGUNAAN SISTEM KEWANGAN

 

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak universiti akan menggantikan pengunaan sistem kewangan yang digunapakai sekarang kepada sistem kewangan yang baru yang dikenali sebagai UTMFin berkuatkuasa mulai 1.1.2012.

 

Tujuan utama penggantian sistem kewangan ini adalah untuk memenuhi keperluan universiti yang memerlukan sistem pengurusan kewangan bersepadu yang mampu memenuhi keperluan proses kerja yang lebih kompleks dan menyeluruh sejajar dengan status universiti yang telah mendapat taraf Universiti Penyelidikan. Sistem kewangan yang baru ini juga mengambilkira semua keperluan bajet Mengurus, Penyelidikan, Universiti Penyelidikan, Amanah dan Pembangunan.

 

Sehubungan itu semua aktiviti permohonan perolehan dan tuntutan bayaran bagi tahun 2012 hendaklah dibuat dengan menggunakan UTMFin dan ianya hanya akan diproses setelah semua urusan agihan peruntukan mengikut jenis bajet disempurnakan.

 

Sistem ini boleh dicapai melalui URL dan Id Pengguna berikut :

 

  1. Portal ebendahari (http://ebendahari/bendahari)
  2. https://utmfin.utm.my
  3. http://utmonline.utm.my dan klik pada icon Sistem Aplikasi

Id Pengguna : sama seperti user hrfin)

Kata Laluan  : no pekerja

Kata Laluan boleh ditukar melalui Pengurusan Profil Pengguna.

 

Sekian, harap maklum.

Bendahari UTM

Last Updated on Thursday, 17 May 2012 04:25