Sejarah Pejabat Bendahari UTM PDF Print E-mail
Written by Administrator | Saturday, 19 December 2009 04:41   
Sejarah Pejabat Bendahari UTM
Pada 1 April 1975 Institut Teknologi Kebangsaan telah diiktiraf sebagai Universiti Teknologi Malaysia secara rasmi. Penempatan ketika itu adalah di Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Serentak dengan itu juga, Pejabat Bendahari telah memulakan operasinya sendiri.

Organisasi ini telah diterajui oleh Pn. Azizah bte Zahari sebagai Bendahari. Segala pengurusan pembayaran dan penerimaan ketika itu diproses secara manual oleh beberapa orang staf saja. En. Mohd. Adnan bin Ali menjawat jawatan Bendahari UTM dari tahun 1981 hingga 1982.Jawatan itu kemudiannya diambil alih oleh En Mohamed Zabidi Dasuki(Tahun 1982-1983). Kemudian jawatan ini disandang oleh Pn. Hajah Siti Ramelah bte Yahya pada tahun 1984. Pada tahun 1986, kampus induk UTM telah berpindah ke Skudai. Namun begitu sebahagian kecil staf masih meneruskan operasinya di kampus cawangan Jalan Semarak. Selaras dengan pertambahan tugas harian maka bilangan staf Pejabat Bendahari ketika itu juga telah meningkat kepada 80 orang.

Untuk melancarkan lagi operasi di pejabat ini maka beberapa unit telah diwujudkan mengikut kesesuaian tugas hakiki. Unit-unit tersebut adalah Unit Pembayaran, Unit Gaji dan Pinjaman, Unit Akaun & Penerimaan, Unit Rekod Harta dan Setor, Unit Perolehan & Belanjawan , Unit Pentadbiran & Pembangunan Sumber Manusia dan Unit Biasiswa & Akaun Pelajar. Pemimpin silih berganti, musim berputar pergi, sebelum ini Pejabat Bendahari diketuai oleh En. Mohamed bin Abdullah pada tahun 1992 dan kini Pejabat Bendahari diterajui pula oleh Pn Sharifah 'Alwiah Syed Alwi. Namun apa yang pasti kami masih berusaha untuk menyalurkan khidmat untuk kepuasan semua pelanggan kami.
Pada tahun 1995 Pejabat Bendahari telah menempa sejarah baru bila sistem kerja berkomputer diperkenalkan dan digunakan sepenuhnya dalam kerja-kerja harian. Ini sebagai langkah menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat IT yang mahir. Pejabat Bendahari kini terus mampan dan mampat berusaha untuk berbakti kepada masyarakat kampus khasnya dan masyarakat luar amnya.

Last Updated on Tuesday, 31 January 2012 03:56