Jadual Pengukuran Pakaian Seragam Bagi Tahun 2011 PDF Print E-mail
Written by lotfi | Friday, 15 July 2011 08:33   

Assalamualaikum wr wbth.,

Saudara,

JADUAL MENGUKUR PAKAIAN SERAGAM PEMBANTU MAKMAL DAN PENOLONG PEGAWAI SAINS BAGI PERUNTUKAN TAHUN 2011

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa jadual pengukuran Pakaian Seragam peruntukan Tahun 2011 bagi staf berjawatan Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains akan dibuat pada bulan Julai.  Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak saudara untuk memaklumkan kepada  staf yang terlibat untuk hadir seperti jadual masa dan tarikh di bawah :

Tarikh

Masa

Tempat

21 Julai 2011 (Khamis)

2.30 petang – 4.00 petang

Stor Pusat Alatulis, Pejabat Bendahari (Belakang DSI)

 

3.         Pejabat Bendahari tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang mungkin timbul sekiranya tiada kerjasama atau staf tidak datang mengukur pakaian  pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

4.         Sebarang pertanyaan atau semakan, sila berhubung dengan Tuan Haji Jamaludin bin Harun di sambungan 30169, saudara Radwan bin Adam sambungan 30106 atau layari laman web PBUTM http://ebendahari.utm.my/bendahari/

Sekian, terima kasih.

“MENJANA MINDA KREATIF DAN INOVATIF”

Yang benar,

 

FADZILLAH BINTI RAHMAN

b/p Bendahari

Samb. 30187

Last Updated on Tuesday, 19 July 2011 02:42