FAQ Bagi Unit Belanjawan & Stor Pusat PDF Print E-mail
Written by Ilfi Bin Norman | Thursday, 01 April 2010 11:43   

FAQ Bagi Unit Belanjawan & Stor Pusat

Soalan : Bilakah sebutharga bagi sesuatu peralatan/inventori akan dibuka?
Jawapan : Ia bergantung kepada permohonan daru unit stor pusat atau PTJ.
Soalan : Bilakah keputusan bagi sebutharga peralatan/inventori akan diperoleh?
Jawapan

:(i) Bagi sebutharga yang bernilai kurang dari RM50,000, sebutharga ini akan diperakukan oleh unit belanjawan dan stor pusat terlebih dahulu dan kemudiannya barulah ia akan diluluskan oleh Ketua Jabatan PTJ.
(ii) Bagi sebutharga yang berada dalam lingkungan RM50,000-RM200,000, sebutharga ini akan terlebih dahulu diperakukan oleh unit belanjawan dan stor pusat terlebih dahulu dan kemudiannya akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Pejabat Bendahari UTM. Seterusnya, ia akan diluluskan oleh Jawatankuasa Sebutharga Pejabat Bendahari.
(iii) Bagi sebutharga yang berada dalam lingkungan RM200,000-RM500,000, sebutharga ini akan terlebih dahulu diperakukan oleh unit belanjawan dan stor pusat terlebih dahulu dan kemudiannya akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Pejabat Bendahari UTM dan Jawatankuasa Sebutharga Pejabat Bendahari. Akhir sekali, ia akan diluluskan oleh Jawatankuasa Sebutharga Universiti.



Pembayaran dibuat melalui kaedah "Pindahan Telegrafik (T.T)" dari IDB Jeddah terus ke akaun bank Pembekal.
Last Updated on Monday, 26 July 2010 03:24