FAQ Bagi Bahagian Akaun, Pelaburan & Penerimaan PDF Print E-mail
Written by Ilfi Bin Norman | Thursday, 01 April 2010 11:42   

FAQ Bagi Bahagian Akaun, Pelaburan & Penerimaan

Soalan : Apakah itu Resit B? Dan bagaimana cara mendapatkannya?
Jawapan : Wang tunai, Cek, Wang pos, Kiriman wang pos, Kad kredit (POS, MOTO, E-Commerce), Bank Draf & Telegrafic Transfer, Bankers Cheque, IBG kredit
Soalan : Bagaimana cara mengutip hasil di Fakulti/Bahagian?
Jawapan : Kutipan dibuat melalui Buku Resit B, Resit berkupon (wang proses, pelekat kenderaan & resit penerbit) & Borang pengesahan bayaran melalui kad kredit.
Soalan : Apakah itu Resit B? Dan bagaimana cara mendapatkannya?
Jawapan : Buku yang dicetak di Pejabat Bendahari bernombor siri dan mempunyai 50 helaian berpendua & kemukakan surat permohonan Buku Resit B ke Pejabat Bendahari untuk perhatian Bahagian Akaun,Penerimaan Dan Pelaburan.
Soalan : Apakah tanggungjawab Pemungut/Juruwang di Fakulti/Bahagian?
Jawapan

:  Tanggungjawab Pemungut/Juruwang di Fakulti/Jabatan :-
(a) Dapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk menerima wang.
(b) Memohon Resit B/kupon daripada Pejabat Bendahari. Fakulti/Bahagian tidak boleh mencetak resit sendiri.
(c) Wang tunai dan Buku Resit hendaklah disimpan dengan selamat dibawah pengawasan penyelia.
(d) Dilarang meminda Resit B. Kepilkan salinan asal resit yang rosak pada Buku Resit B.
(e) Cek terimaan hendaklah dipalang 'Account Payee Only'. Ruang bayar ditulis 'Bendahari UTM'.
(f) Wang kutipan tidak boleh digunakan bagi mendahulukan/meminjam perbelanjaan projek/aktiviti.
(g) Mengembalikan salinan buku resit/kaunterfoil kupon beserta kutipan ke Pejabat Bendahari setiap minggu. Apabila kutipan melebihi RM 300.00, penghantaran hendaklah dibuat segera.
(h) Resit B tidak boleh dikeluarkan bagi bayaran Pesanan Tempatan.
(i) Resit dianggap batal sekiranya cek dan kad kredit tidak sah diperlakukan.
(j) Menyelenggara Buku Daftar/Senarai Stok Resit B dan disemak setiap hari dan menandatangani buku daftar tersebut.
(k) Menandatangani Buku Resit B sebagai memperakui penerimaan.
(l) Pamerkan pemberitahuan 'Pembayaran Hendaklah Diakui Dengan Resit' di kaunter penerimaan.

Last Updated on Monday, 26 July 2010 03:44