FAQ bagi Bahagian Emolumen, PInjaman & Cuti Belajar PDF Print E-mail
Written by Ilfi Bin Norman | Thursday, 01 April 2010 11:36   
FAQ Bagi Bahagian Emolumen, Pinjaman & Cuti Belajar
Soalan : Apakah Perubahan utama dengan pelaksanaan Lima Hari Bekrja Seminggu ?
Jawapan : Perubahan utama adalah seperti berikut :-
(a) Dua Hari Rehat Mingguan
(b) Masa kerja pda hari Sabtu di agihkan kepada hari bekerja yang lain
(c) Waktu Rehat diseragamkan
(d)Pejabat tutup pada Waktu Rehat kecuali perkhidmatan kaunter
(e) Bagi perkhidmatan kaunter yang dibuka secara berterusan di dalam Waktu Bekerja Pejabat, Ketua Jabatan hendaklah menyesuaikan Waktu Rehat pegawainya.
Soalan : Kenapa diwujudkan 3 Waktu Peringkat (WP) dalam Waktu Bekerja Berperingkat ?
Jawapan : Pewujudan Waktu Peringkat yang baru adalah bagi membolehkan Jabatan memberikan perkhidmatan yang lebih panjang kepada pelanggan.
Soalan : Bagaimana gaji bulanan dibayar pada staf?
Jawapan : Dibayar melalui bank yang ditetapkan oleh pihak UTM (Panel Bank Gaji UTM)


Soalan
: Bagaimana kaedah untuk memohon pertukaran akaun bank?
Jawapan
: Mengisi borang kredit gaji beserta lampiran akaun bank terkini (Panel Bank Gaji UTM) dan maklum ke Pejabat Bendahari sebelum 10hb. atau selepas tarikh pembayaran gaji.


Soalan
: Apakah tindakan yang perlu dibuat sekiranya buku akaun gaji hilang dalam simpanan?
Jawapan
: Maklum pada Pejabat Bendahari dengan kaedah segera dan isi borang kredit gaji beserta lampiran akaun bank yang baru mengikut panel bank gaji UTM yang ditetapkan.


Soalan
: Apakah syarat-syarat memohon pinjaman kenderaan?
Jawapan
: Syarat-syarat memohon pinjaman kenderaan adalah:-
(a) Staf bertaraf tetap atau kontrak
(b) Jumlah potongan termasuk potongan pinjaman tidak melebihi 60% dari gaji & elaun.
(c) Ada lesen memandu yang sah dan kad pengenalan/pasport.
(d) Dua Penjamin bertaraf tetap
(e) Salinan geran (kenderaan terpakai) atau sebutharga kenderaan dari syarikat (kenderaan baru).
(f) Surat tawaran UTM (lantikan baru) atau surat sah jawatan.
(g) Slip gaji terkini.
(h) Semua dokumen permohonan pinjaman dibuat melalui Pengurusan Sumber Manusia,Fakulti/ Jabatan.


Soalan
: Apakah syarat-syarat memohon pembiayaan kenderaan baru atau terpakai atau kereta impot?
Jawapan
Syarat-syarat pembiayaan adalah:-
(a) Kenderaan Baru
     Pembiayaan kereta berdasarkan sebutharga dari syarikat dan tidak meliputi cukai jalan, insuran kenderaan, yuran pendaftaran dan hak milik.

(b) Kenderaan terpakai
      Pembiayaan kereta terpakai berdasarkan pada penilaian yang dibuat oleh pihak JKR dan tempoh ekonomikal kenderaan tersebut hendaklah dalam tempoh 6 .tahun.

(c) Kereta Impot
     Pembiayaan kereta impot berdasar pada harga jualan dan tidak termasuk cukai jalan dan insuran kenderaan.

     Dokumen AP dan surat akuan Impot Kenderaan dari luar negara beserta geran .yang dikeluarkan oleh pihak JPJ.



Soalan
: Apakah syarat memohon pinjaman komputer?
Jawapan : a) Staf bertaraf tetap atau kontrak
b)Jumlah potongan termasuk potongan pinjaman tidak melebihi 60% dari gaji & elaun.
c)Dua penjamin bertaraf tetap
d)Slip gaji terkini
e) Sebutharga komputer dari syarikat berdaftar
f)Semua dokumen pinjaman dibuat melalui Pengurusan Sumber Manusia Fakulti/Jabatan.


Soalan
: Apakah syarat-syarat memohon pinjaman kenderaan/ komputer kali kedua dan seterusnya?
Jawapan:
: Syarat-syaratnya adalah :-
(a) Pinjaman kenderaan untuk kali kedua dan seterusnya boleh dipohon selepas 5 tahun dengan syarat baki pinjaman pertama selesai.
(b) Pinjaman komputer untuk kali kedua dan seterusnya boleh dipohon selepas 5 tahun setelah pinjaman pertama selesai.


Soalan
: Apakah tindakan yang perlu dibuat sebelum staf mula cuti belajar?
Jawapan
: a) Membuka akaun bank untuk kredit elaun cuti belajar.
b)Memberi alamat, e-mail dan no. telefon yang terkini.
c)Memberi maklumat mengenai pasport bagi staf yang belajar di luar negara.


Soalan
: Maklumat apakah yang diperlukan semasa staf sedang cuti belajar?
Jawapan
: a) Maklumat pertambahan ahli keluarga
b) Maklumat balik ke Malaysia kerana kutip data.
c) Maklumat status pengajian dan kadar yuran.
d) Maklumat status perlanjutan cuti belajar.
e) Maklumat status yuran samada telah dihantar pada UTM/Penganjur.


Soalan
: Apa tindakan yang perlu dibuat selepas tamat cuti belajar?
Jawapan
: a) Lapor diri ke HRD atau fakulti/jabatan.
b) Maklum pada HRD tentang status cuti belajar selesai atau tidak.
c) Semak status yuran ditempat pengajian selesai atau sebaliknya.
Last Updated on Monday, 26 July 2010 02:57