FAQ Bagi Bahagian Kewangan, Korporat, Pentadbiran & Perkhidmatan PDF Print E-mail
Written by kasmawati | Monday, 29 March 2010 07:14   

FAQ Bagi Bahagian Kewangan, Korporat, Pentadbiran & Perkhidmatan

Soalan : Bagaimanakah status permohonan perabot saya?
Jawapan : Membuat penyemakan di dalam sistem kawalan perabot.
Soalan : Apakah syarat-syarat untuk tujuan pengesahan Jawatan Dalam Perkhidmatan?
Jawapan :(a) Menamatkan tempoh percubaan selamaad 1 hingga 3 tahun dengan memuaskan.
(b) Lulus semua peperiksaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
(c) Hadir dengan jayanya Kursus Induksi.
(d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan
Soalan : Bagaimanakah prosedur permohonan pencen pilihan?
Jawapan : (a) Buat surat permohonan kepada Pejabat Pendaftar melalui Ketua Jabatan.
(b) Setelah mendapat kelulusan dari Pejabat Pendaftar, serahkan urusan persaraan anda kepada Unit PSM untuk tindakan selanjutnya.
(c) Sila beri kerjasama sepenuhnya kepada Unit PSM dalam melengkapkan segala butiran di dalam borang serta kemukakan dokumen pesaraan yang diperlukan.
(d) Bakal pesara bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan bahawa semua maklumat yang dikemukakan ke JPA adalah betul, tepat, terkini dan lengkap.
(e) Kegagalan mengemukakan borang dan dokumen yang lengkap seperti yang dikehendaki akan menjejaskan permohonan tersebut.


Last Updated on Monday, 26 July 2010 03:16