FAQ Bagi Bahagian Pengurusan Perolehan PDF Print E-mail
Written by marsyitah | Monday, 29 March 2010 07:18   

FAQ Bagi Bahagian Pengurusan Perolehan

Soalan : Sekiranya saya ingin mendaftar syarikat dengan UTM, bagaimanakah caranya.
Jawapan : Saudara boleh mengisi borang yang boleh didapati di laman web bendahari (http://ebendahari.utm.my/bendahari) dan mengemukakan bersama salinan sijil SSM atau Borang 9, Sijil Kementerian Kewangan / Sijil Bumi (Jika ada) beserta bayaran RM15.00.
Soalan : Kenapa perlu bayar RM15.00?
Jawapan : Untuk tujuan pengeluaran sijil dan tempoh sah laku sijil tersebut ialah 2 tahun.
Soalan : Apa yang perlu dilakukan sekiranya sijil tersebut telah tamat?
Jawapan : Boleh diperbaharui dengan membuat bayaran RM10.00 sahaja dan tempoh diberi ialah dua tahun.
Soalan : Sekiranya telah mendaftar di UTM Kuala Lumpur, adakah perlu untuk saya mendaftar lagi di UTM Skudai?
Jawapan : Tidak perlu.
Soalan : Berapa lamakah sijil pendaftaran syarikat boleh didapati?
Jawapan : Sekiranya maklumat yang dikemukakan lengkap, pengeluaran sijil dapat dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja.
Soalan : Bagaimana hendak mengetahui tatacara perolehan yang diamalkan oleh universiti ini?
Jawapan : Rujuk kepada pekeliling dan pamplet yang terdapat di web bendahari (http://ebendahari.utm.my/bendahari)
Soalan : Bolehkah membeli tender jika sijil asal yang berkaitan tidak dikemukakan semasa membeli tender tersebut, memadai dengan membawa salinan sahaja.
Jawapan : Tidak boleh sama sekali.
Soalan : Jika masa tutup penghantaran tender ialah pukul 12.00 tengahari, dan tender yang dihantar terlewat sedikit, adakah ia boleh dipertimbangkan untuk diproses?
Jawapan : Tidak boleh dipertimbangkan sama sekali.
Soalan : Di manakah untuk mendapatkan semula wang cagaran?
Jawapan : Perlu mengemukakan resit asal beserta surat tuntutan ke pejabat ini.
Soalan : Jika resit asal hilang bagaimana?
Jawapan : Perlu sediakan surat pengesahan telah menjelaskan jumlah bon yang dikehendaki UTM dan surat tersebut perlu disahkan oleh suruhanjaya sumpah (Sertakan salinan pesanan tempatan sekali).
Soalan : Disebabkan beberapa perkara yang tidak dielakkan, dan tarikh membekal barangan di pesanan tempatan telah tamat, apa yang perlu dilakukan untuk dilanjutkan?
Jawapan : Syarikat perlu mengemukakan  secara bertulis untuk  perlanjutan tempoh  beserta tarikh  penghantaran bekalan. Perlanjutan bekalan hanya akan diberi setelah mendapat pengesahan dan sokongan daripada fakulti / Jabatan.
Soalan : Bagaimana penilaian pemilihan tender dan sebut harga dibuat?
Jawapan : Melalui jawatankuasa sebut harga universiti dan lembaga perolehan universiti.

Last Updated on Monday, 26 July 2010 03:28