FAQ Bagi Unit Kewangan Pelajar PDF Print E-mail
Written by norazizi | Wednesday, 24 March 2010 07:33   

FAQ Bagi Unit Kewangan Pelajar

Soalan : Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui status penajaan/pinjaman dari pihak penaja?
Jawapan : Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak penaja terlebih dahulu, dan kemudian barulah membuat rujukan kepada Unit Kewangan Pelajar secara langsung.
Soalan : Bagaimana cara untuk menyemak kadar yuran semasa atau yuran tertunggak?
Jawapan : Pelajar boleh menyemak kadar yuran dengan melayari laman web www.aimsweb.utm.my atau datang terus ke kaunter Unit Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari UTM.
Soalan : Bagaimana cara untuk menjelaskan yuran pengajian ?
Jawapan : Pembayaran yuran boleh dilakukan menggunakan kaedah-kaedah berikut:-

I. Perbankan Internet CIMBClicks / Financial Process Exchange (FPX)
II. Kad Kredit/Debit atau tunai (di kaunter Unit Kewangan Pelajar)
III. Deraf Bank / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Bendahari UTM
IV. Bill Presentment (Bank Islam Malaysia) untuk pelajar baru Program Sarjana Muda sahaja

Soalan : Apakah tindakan yang akan diambil bagi pelajar yang mempunyai tunggakan yuran pengajian ?
Jawapan : Sekiranya pelajar mempunyai tunggakan yuran semester, pra-pendaftaran dan pendaftaran wajib matapelajaran untuk semester akan datang serta keputusan peperiksaan semester semasa akan disekat. Pelajar perlu menjelaskan tunggakan yuran terlebih dahulu sebelum diberi pelepasan untuk membuat pendaftaran serta melihat keputusan peperiksaan.
Soalan : Bagaimana status yuran sekiranya pelajar menangguh atau menarik diri daripada pengajian pada semester semasa?
Jawapan (a) Pelajar yang diberi kelulusan menangguh pengajian selepas tamat cuti pertengahan semester dikehendaki membayar yuran sepenuhnya manakala pengecualian separuh yuran pelajaran diberikan sekiranya pelajar diluluskan menangguh pengajian sebelum cuti pertengahan semester berakhir.

(b) Pelajar kanan yang menarik diri setelah mendaftar matapelajaran dan semester telah bermula dikehendaki membayar yuran pengajian sepenuhnya. Pelajar baru yang menarik diri dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran layak diberi pengecualian yuran-yuran tertentu.

Soalan : Bagaimanakah proses permohonan pengeluaran caruman KWSP ?
Jawapan : Pelajar yang tidak mempunyai penaja boleh mendapatkan surat pengesahan untuk tujuan pengeluaran caruman dari Pejabat Bendahari. Surat tersebut hendaklah disertakan dengan Borang Permohonan Pengeluaran Caruman dan dihantar terus ke Pejabat KWSP.

1.             Bagaimana cara untuk menyemak kadar yuran semasa atau yuran tertunggak?

Last Updated on Monday, 26 July 2010 03:49