Tugas / Fungsi PDF Print E-mail
Written by Administrator | Tuesday, 19 January 2010 11:40   

Tugas / Fungsi Unit ICT & Pembangunan Sistem
1. Bertanggungjawab di dalam merancang, menganalisa, membangunkan serta manyediakan Sistem Maklumat Kewangan Bersepadu UTM untuk Pejabat Bendahari.
2. Bertanggungjawab di dalam mencadangkan kepada Pihak Pengurusan Pejabat Bendahari bagi merancang serta menguruskan keperluan peralatan pengkomputeran yang bersesuaian dengan keperluan pengguna.
3. Membantu merancang program latihan kepada staf yang berkaitan dengan penggunaan komputer di dalam Pejabat Bendahari.
4. Bertanggungjawab di dalam menyusun atur perancangan kemudahan IT bagi Pejabat Bendahari.

  •     Baikpulih peralatan komputer
  •     Penyelenggaraan rangkaian
  •     Menguruskan perolehan peralatan komputer
  •     Penyelenggaraan perisian peralatan komputer
  •     Menguruskan dan menyediakan kemudahan peralatan komputer atau perisian bagi kemudahan Pejabat Bendahari.
  •     Menguruskan permohonan 'User ID' dan 'Access Right' bagi pengguna-pengguna sistem di bawah seliaan Pejabat Bendahari.
  •     Menguruskan permohonan 'User ID' bagi system email UTM untuk staf Pejabat Bendahari.

5. Membantu membangunkan serta menyediakan persembahan dan aplikasi multimedia, selain daripada itu memberi khidmat nasihat mengenainya untuk kegunaan rasmi Pejabat Bendahari UTM.
6. Membangunkan serta menyediakan Laman Web rasmi Pejabat Bendahari serta menyelaraskan maklumat yang terkini.
7. Memastikan pengurusan proses 'data backup & recovery' mengikut penjadualan tersusun.

Last Updated on Thursday, 07 October 2010 04:43