Panduan Pembayaran Honorarium/Saguhati Pensyarah & Penceramah Sambilan - Pensyarah/Penceramah/Fasilitator Sambilan PDF Print E-mail
Written by Administrator | Tuesday, 19 January 2010 10:17   
Article Index
Panduan Pembayaran Honorarium/Saguhati Pensyarah & Penceramah Sambilan
Tafsiran
Tanggungjawab Ketua Jabatan
Tanggungjawab Staf
Pensyarah/Penceramah/Fasilitator Sambilan
Pensyarah/Penceramah Sambilan Sebagai Golongan Pakar
Senarai Semak
Rujukan Pekeliling/Surat Pekeliling/Surat Arahan Yang Terlibat
All Pages

#

Bagi maksud menuntut bayaran saguhati pensyarah sambilan/penceramah sambilan/fasilitator sambilan seseorang staf haruslah mematuhi kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan mengenainya seperti berikut:-

1. Kadar Bayaran Saguhati

a. Kadar bayaran saguhati kepada pensyarah/penceramah sambilan yang bukan terdiri daripada golongan pakar adalah seperti berikut:-

Kategori Pensyarah/Penceramah/
Fasilitator Sambilan Kadar Bayaran Sejam

i) Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Ke atas
RM100.00
ii) Kumpulan Sokongan Kategori V, VI dan VII RM 80.00

iii) Kumpulan Sokongan Kategori VIII dan IX RM 50.00

iv) Kumpulan Sokongan Kategori X dan XI RM 40.00

b. Kadar bayaran saguhati kepada pegawai yang memberi perkhidmatan sebagai fasilitator sambilan adalah ditetapkan sebanyak 3/4 daripada kadar kelayakan bayaran saguhati penceramah/pensyarah sambilan yang ditetapkan diperenggan 1(a) di atas iaitu seperti berikut:-

Kategori Fasilitator Sambilan Kadar Bayaran Sejam

i) Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Ke atas
RM 75.00
ii) Kumpulan Sokongan Kategori V, VI dan VII RM 60.00

iii) Kumpulan Sokongan Kategori VIII dan IX RM 37.50

iv) Kumpulan Sokongan Kategori X dan XI RM 30.00

#

1. Syarat-syarat Bayaran Saguhati

Bayaran saguhati adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

a. Pegawai-pegawai dari institusi latihan yang memberikan syarahan dalam kursus di bawah program latihan organisasi masing-masing adalah tidak layak dibayar bayaran saguhati. (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1995)

b. Peraturan ini adalah terpakai bagi pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat bertaraf tetap atau kontrak;

c. Jumlah bayaran maksima saguhati sebulan yang boleh diterima oleh seseorang pensyarah/penceramah sambilan hendaklah tidak melebihi ¼ daripada gaji bulanan pegawai kecuali bagi kes di mana pensyarah/penceramah sambilan yang memberikan syarahan/ceramah dalam kursus, semasa beliau bercuti, layak menerima jumlah bayaran maksima saguhati tidak melebihi ½ daripada gaji bulanan pegawai;

d. Pensyarah/Penceramah sambilan layak dibayar bayaran saguhati di bawah peraturan ini sekiranya tanggungjawab dan tugas memberikan syarahan/ceramah dalam kursus atau majlis-majlis rasmi itu bukan tugas rasmi beliau, tetapi hanyalah tugas sambilan beliau semata-mata;

e. Bagi kursus, kursus itu mestilah dianjurkan oleh institusi, bahagian atau unit latihan di bawah Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan. Walaubagaimanapun, bagi kursus yang bukan dianjurkan oleh institusi, bahagian atau unit latihan Kementerian/Jabatan/Agensi, bayaran boleh dibuat sekiranya pensyarah/penceramah sambilan itu bukan dari jabatan yang menganjurkan kursus tersebut. Tetapi bagi kursus Induksi yang merupakan kursus wajib yang perlu dikendalikan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi, bayaran saguhati boleh dibuat walaupun pensyarah/penceramah sambilan atau fasilitator sambilan itu dari Jabatan yang sama yang menganjurkan kursus tersebut;

f. Pegawai hendaklah membuat laporan kepada Ketua Jabatannya tentang bayaran bulanan yang diperolehi melebihi daripada syarat yang ditetapkan di peranggan 2(c) di atas serta memulangkan balik lebihan bayaran saguhati yang diterima kepada Jabatan yang membuat bayaran tersebut;

g. Pensyarah/penceramah sambilan layak menerima bayaran saguhati yang ditetapkan di dalam pekeliling ini berdasarkan tempoh beliau memberikan syarahan/ceramah dalam kursus atau dalam majlis rasmi bagi tiap-tiap jam genap. Sehubungan dengan itu, perkhidmatan yang diberi bagi tempoh sebahagian dari sejam, pensyarah/penceramah sambilan adalah tidak berkelayakan menerima bayaran saguhati berkenaan;

h. Pensyarah/penceramah sambilan layak menerima satu sahaja saguhati iaitu samada dalam bentuk bayaran wang tunai mengikut kadar-kadar yang ditetapkan atau cenderamata di atas kadar yang sama bagi setiap unit untuk satu kursus/majlis rasmi sahaja;

i. Pegawai dikehendaki mengemukakan borang permohonan untuk memenuhi keperluan Panduan Tuntutan Pembayaran Staf ini dan tuntutan dibuat secara bulanan.

2. Bayaran Perkhidmatan Menyediakan Kertas Soalan

Bayaran perkhidmatan menyediakan kertas soalan peperiksaan dengan kadar RM100/- bagi setiap satu kertas (boleh dituntut sekali sahaja selepas perperiksaan hujung semester).

3. Elaun Memeriksa Kertas Jawapan

Bayaran elaun memeriksa kertas jawapan hujung semester:

a. RM 2.00 satu skrip bagi kertas jawapan yang tidak melebihi 2 jam.

Atau

b. RM 2.50 satu skrip bagi kertas jawapan yang melebihi 2 jam.