Panduan Pembayaran Tuntutan Perjalanan Bertugas Rasmi dan Berkursus PDF Print E-mail
Written by Administrator | Tuesday, 19 January 2010 10:01   
Article Index
Panduan Pembayaran Tuntutan Perjalanan Bertugas Rasmi dan Berkursus
Tafsiran
Tanggungjawab Ketua Jabatan
Tanggungjawab Staf
Perjalanan Bertugas Rasmi Dalam Negara
Perjalanan Bertugas Rasmi Luar Negara
Perjalanan Berkursus Dalam Negara
Perjalanan Kursus Pendek Luar Negara
All Pages

PANDUAN PEMBAYARAN TUNTUTAN PERJALANAN BERTUGAS RASMI DAN BERKURSUS

TAFSIRAN

1. Dalam Negeri – Malaysia, Kalimantan dan Selatan Thailand(Phuket dan ke Selatan).

2. Luar Negeri – Negara selain Malaysia, Kalimantan dan Selatan Thailand (Phuket dan ke Selatan).

3. Ibu Pejabat - tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya:
(i) 25km jika boleh dihubungi oleh jalanraya
(ii) 16km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor
(iii) 8km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai.
• bagi pegawai yang bertugas di Kalimantan atau Selatan Thailand di mana jarak Ibu Pejabatnya dengan tempat bertugas kurang daripada lingkungan jarak pentadbiran adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi luar Ibu Pejabat.

4. Gred/Kategori
- Gred Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 tahun 2002. Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing di bawah Sitem Saraan Baru(SSB) atau Kumpulan Gaji masing-masing di bawah laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana yang berkenaan. Jadual perubahan /perbandingan adalah seperti di Lampirtan "A1".

5. Tugas Rasmi - tugas yang berkaitan dengan tugas Pejabat selain daripada menghadiri kursus-kursus yang dibenarkan.

6. Stesen - satu lingkungan kawasan 33 km dari Pejabat tempat bertugas.

7. Kajian Luar – sebarang aktiviti yang diarahkan oleh pusat pengajian semasa berkursus di luar pusat pengajian sama ada untuk membuat sesuatu penyelidikan ataupun disangkutkan di sesuatu Jabatan termasuk lawatan yang diadakan dalam tempoh berkursus.

8. Kursus – sebarang kursus atau latihan yang berupa akademik atau praktik, lawatan sambil belajar, seminar dan bengkel yang bercorak latihan.

9. Kursus Panjang – sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya adalah melebihi 3 bulan dan termasuk hari-hari hujung minggu dan kelepasan am.

10. Kursus Pendek – sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya 3 bulan atau kurang termasuk hari-hari hujung minggu dan kelepasan am.

11. Kursus Sambilan - sebarang kursus yang dijalankan secara sambilan selepas waktu Pejabat.

12. Penganjur – badan yang membiayai sebahagian besar perbelanjaan berkursus.

13. Pusat Pengajian – tempat di mana sebahagian besar sesuatu itu dijalankan dan bagi tempoh kursus itu. Pusat Pengajian adalah ditakrifkan sebagai Ibu Pejabat.



Last Updated on Wednesday, 20 January 2010 09:25