Panduan Pembayaran Tuntutan Perjalanan Bertugas Rasmi dan Berkursus PDF Print E-mail
Written by Administrator | Tuesday, 19 January 2010 10:01   
Article Index
Panduan Pembayaran Tuntutan Perjalanan Bertugas Rasmi dan Berkursus
Tafsiran
Tanggungjawab Ketua Jabatan
Tanggungjawab Staf
Perjalanan Bertugas Rasmi Dalam Negara
Perjalanan Bertugas Rasmi Luar Negara
Perjalanan Berkursus Dalam Negara
Perjalanan Kursus Pendek Luar Negara
All Pages

PANDUAN PEMBAYARAN TUNTUTAN PERJALANAN BERTUGAS RASMI DAN BERKURSUS

TAFSIRAN

1. Dalam Negeri – Malaysia, Kalimantan dan Selatan Thailand(Phuket dan ke Selatan).

2. Luar Negeri – Negara selain Malaysia, Kalimantan dan Selatan Thailand (Phuket dan ke Selatan).

3. Ibu Pejabat - tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya:
(i) 25km jika boleh dihubungi oleh jalanraya
(ii) 16km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor
(iii) 8km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai.
• bagi pegawai yang bertugas di Kalimantan atau Selatan Thailand di mana jarak Ibu Pejabatnya dengan tempat bertugas kurang daripada lingkungan jarak pentadbiran adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi luar Ibu Pejabat.

4. Gred/Kategori
- Gred Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 tahun 2002. Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing di bawah Sitem Saraan Baru(SSB) atau Kumpulan Gaji masing-masing di bawah laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana yang berkenaan. Jadual perubahan /perbandingan adalah seperti di Lampirtan "A1".

5. Tugas Rasmi - tugas yang berkaitan dengan tugas Pejabat selain daripada menghadiri kursus-kursus yang dibenarkan.

6. Stesen - satu lingkungan kawasan 33 km dari Pejabat tempat bertugas.

7. Kajian Luar – sebarang aktiviti yang diarahkan oleh pusat pengajian semasa berkursus di luar pusat pengajian sama ada untuk membuat sesuatu penyelidikan ataupun disangkutkan di sesuatu Jabatan termasuk lawatan yang diadakan dalam tempoh berkursus.

8. Kursus – sebarang kursus atau latihan yang berupa akademik atau praktik, lawatan sambil belajar, seminar dan bengkel yang bercorak latihan.

9. Kursus Panjang – sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya adalah melebihi 3 bulan dan termasuk hari-hari hujung minggu dan kelepasan am.

10. Kursus Pendek – sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya 3 bulan atau kurang termasuk hari-hari hujung minggu dan kelepasan am.

11. Kursus Sambilan - sebarang kursus yang dijalankan secara sambilan selepas waktu Pejabat.

12. Penganjur – badan yang membiayai sebahagian besar perbelanjaan berkursus.

13. Pusat Pengajian – tempat di mana sebahagian besar sesuatu itu dijalankan dan bagi tempoh kursus itu. Pusat Pengajian adalah ditakrifkan sebagai Ibu Pejabat.


TAFSIRAN

1. Dalam Negeri – Malaysia, Kalimantan dan Selatan Thailand(Phuket dan ke Selatan).

2. Luar Negeri – Negara selain Malaysia, Kalimantan dan Selatan Thailand (Phuket dan ke Selatan).

3. Ibu Pejabat - tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya:
(i) 25km jika boleh dihubungi oleh jalanraya
(ii) 16km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor
(iii) 8km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai.
• bagi pegawai yang bertugas di Kalimantan atau Selatan Thailand di mana jarak Ibu Pejabatnya dengan tempat bertugas kurang daripada lingkungan jarak pentadbiran adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi luar Ibu Pejabat.

4. Gred/Kategori
- Gred Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 tahun 2002. Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing di bawah Sitem Saraan Baru(SSB) atau Kumpulan Gaji masing-masing di bawah laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana yang berkenaan. Jadual perubahan /perbandingan adalah seperti di Lampirtan "A1".

5. Tugas Rasmi - tugas yang berkaitan dengan tugas Pejabat selain daripada menghadiri kursus-kursus yang dibenarkan.

6. Stesen - satu lingkungan kawasan 33 km dari Pejabat tempat bertugas.

7. Kajian Luar – sebarang aktiviti yang diarahkan oleh pusat pengajian semasa berkursus di luar pusat pengajian sama ada untuk membuat sesuatu penyelidikan ataupun disangkutkan di sesuatu Jabatan termasuk lawatan yang diadakan dalam tempoh berkursus.

8. Kursus – sebarang kursus atau latihan yang berupa akademik atau praktik, lawatan sambil belajar, seminar dan bengkel yang bercorak latihan.

9. Kursus Panjang – sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya adalah melebihi 3 bulan dan termasuk hari-hari hujung minggu dan kelepasan am.

10. Kursus Pendek – sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya 3 bulan atau kurang termasuk hari-hari hujung minggu dan kelepasan am.

11. Kursus Sambilan - sebarang kursus yang dijalankan secara sambilan selepas waktu Pejabat.

12. Penganjur – badan yang membiayai sebahagian besar perbelanjaan berkursus.

13. Pusat Pengajian – tempat di mana sebahagian besar sesuatu itu dijalankan dan bagi tempoh kursus itu. Pusat Pengajian adalah ditakrifkan sebagai Ibu Pejabat.


Menentukan agar tuntutan yang dikemukakan oleh seseorang pegawai itu teratur, munasabah dan berpatutan iaitu:-

(1) Menentu dan mengesahkan jalan yang perlu diikuti serta cara yang hendak digunakan oleh seseorang pegawai dalam menjalankan tugas rasmi.

(2) Membuat perakuan tentang jumlah pendahuluan diri yang patut diberikan kepada seseorang pegawai yang memerlukannya sebelum ia menjalankan tugas itu bagi kelulusan Pejabat Bendahari atau mana-mana pihak yang diberi kuasa.

(3) Menjelaskan kaedah perjalanan yang sesuai yang harus dilalui oleh pegawai di dalam Surat Arahan Bertugas rasmi iaitu samada pegawai diberi Elaun Perjalanan Kenderaan (Perbatuan) atau layak menerima Tambang Gantian.


Bertanggungjawab sepenuhnya keatas semua maklumat yang diberikan iaitu memastikan :-

(1) Tuntutan yang dibuat adalah benar dan betul.

(2) Kaedah perjalanan yang digunakan oleh pegawai perjalanan yang terpendek dan termurah bagi memastikan penjimatan wang Universiti bersesuaian dengan kelayakan pegawai, teringkas dan termudah bagi menjimatkan masa pegawai yang mendatangkan faedah dan manafaat kepada Universiti.

(3) Menyatakan dengan jelas dan terperinci perjalanan yang dilalui sepanjang bertugas rasmi aitu; masa bertolak ketempat bertugas dan masa kembali ke Ibu Pejabat/ rumah dan tempoh masa sebenar mesyuarat/ aktiviti bertugas rasmi berkenaan dengan jelas: kaedah perjalanan samada menaiki kenderaan Universiti, kenderaan sendiri, teksi, kemudahan pengangkutan awam yang dibenarkan bersesuaian dengan kelayakannya; alamat tempat menginap sekiranya terdapat keperluan bermalam dan lain-lain tuntutan yang berkaitan.


ELAUN-ELAUN

1. Elaun Makan(EM)

a. Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah layak menuntut Elaun Makan(EM) mengikut kadar-kadar seperti di Jadual 1(a).

b. Elaun Makan(EM) tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus.

c. Elaun Makan(EM) tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut. Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut: -

(i) Sarapan Pagi - 20% drp Elaun Makan
(ii) Makan Tengah Hari - 40% drp Elaun Makan
(iii)Makan Malam - 40% drp Elaun Makan

d. Sekiranya salah satu kemudahan disediakan maka unsur yang tidak disediakan itu layak dituntut. Sebagai misalan, sekiranya kemudahan penginapan sahaja disediakan maka pegawai layak menuntut Elaun Makan(EM). Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti para 1( c ).

e. Sekiranya penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang bagi menampung perbelanjaan makan tersebut maka pegawai layak menuntut perbezaannya.

2. Elaun Harian (EH)

Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam ( 8 Jam > x > 24Jam ) adalah layak menuntut Elaun Harian(EH) mengikut kadar separuh daripada kelayakan Elaun Makannya.

EH = ½ x EM

3. Bayaran Sewa Hotel(BSH) atau Elaun Lojing(EL)

a. Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya dan perlu menginap adalah layak menuntut Bayaran Sewa Hotel(BSH) yang disokong dengan resit tertakluk kepada had maksimumnya atau Elaun Lojing(EL) mengikut kadar-kadar seperti di Jadual 1(b).

b. Tuntutan Bayaran Sewa Hotel(BSH) bagi pegawai- pegawai hendaklah secara berpatutan dan munasabah;

c. Bayaran Sewa Hotel(BSH) tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus;

d. Seorang pegawai layak menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan yang terwajib ke atas sewa hotel sebagai tambahan kepada maksimum kelayakannya;

e. Seorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel(BSH) atau Elaun Lojing(EL) jika tempat penginapan disediakan oleh Kerajaan , Penganjur atau Pengangkut atau menumpang di bilik hotel pegawai lain.

4. Elaun Gantian Tetap(EGT)

a. Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 3 bulan tetapi kurang dari 6 bulan adalah layak menuntut Elaun Gantian Tetap(EGT) mengikut kadar seperti berikut:

(i) Melibatkan Bermalam

2/3 ( Elaun Makan + Elaun Lojing ) x Jumlah hari bertugas rasmi

(ii) Tidak Melibatkan Bermalam

2/3 ( Elaun Harian ) x Jumlah hari bertugas rasmi

b. Jumlah hari yang sebenar pegawai itu menjalankan tugas di luar Ibu Pejabat hendaklah dikira mulai dari hari ketibaannya. Seseorang pegawai yang pulang ke Ibu Pejabatnya secara sementara selama tidak lebih dari tujuh hari dan kembali meneruskan tugas yang sama tidak akan dianggap sebagai menjalankan tugas yang baru tetapi dikira sebagai menyambung tugas asalnya;

c. Seseorang pegawai layak menuntut mana-mana komponen Elaun Gantian Tetap(EGT) sama ada Elaun Makan(EM), Elaun Harian(EH) atau Elaun Lojing(EL) jika komponen-komponen tersebut tidak disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut.

BAHAGIAN A : BAGI PERJALANAN BERKENDERAAN SENDIRI

Perjalanan berkenderaan sendiri para 5 dan para 6 digunakan mengikut keadaan iaitu samada pengiraan Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) bagi perjalanan yang dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri atau bayaran Tambang Gantian(TG) mengikut kelayakan pegawai.

5. Elaun Perjalanan Kenderaan(EPK)

a. Seseorang pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau kereta api bagi menjalankan tugas rasmi di tempat yang boleh dihubungi oleh kapal terbang atau kereta api dan oleh itu tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) melainkan di dalam keadaan-keadaan seperti berikut:

(i) jika jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang dari 240km.
(ii) apabila seseorang pegawai dikehendaki juga menjalankan tugas rasminya di berapa tempat di sepanjang perjalanan.
(iii) apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang pegawai berkenderaan sendiri.
(iv) apabila seseorang pegawai mustahak dan terpaksa membawa pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas rasmi.

b. Bagi peruntukan (ii), (iii) dan (iv) di atas kelulusan Ketua Jabatan hendaklah dilampirkan dengan baucar tuntutan pegawai tersebut;

c. Seseorang pegawai yang mengunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan(EPK) mengikut kadar-kadar seperti di Jadual 1(c).

d. Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan, Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan(EPK).

6. Tambang Gantian(TG)

a. Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas di satu tempat sahaja yang jaraknya melebihi 240 km daripada Ibu Pejabatnya dan terdapat perkhidmatan terus kapal terbang atau kereta api layak menuntut Tambang Gantian(TG) mengikut kadar tambang pengangkutan yang sesuai dengan kelayakannya iaitu bersamaan dengan tambang kapal terbang atau kereta api, mengikut mana yang berkenaan dengan syarat dinyatakan di dalam baucer tuntutan yang ia telah menggunakan kenderaannya sendiri;

b. Seseorang pegawai yang menuntut Tambang Gantian(TG) tidak layak menuntut apa-apa tambang atau bayaran tambahan yang bersabit dengan perjalanan kapal terbang atau kereta api seperti tambang dari rumah ke lapang terbang/ stesen kereta api dan sebaliknya, tambang dari lapangan terbang/stesen kereta api ke tempat penginapan dan sebaliknya, bayaran Cukai Lapangan Terbang atau bayaran tempat tidur dalam kereta api (berth charges);

c. Tuntutan Tambang Gantian(TG) ke destinasi tempat bertugas yang boleh dihubungi melalui lebuhraya bertol hendaklah mengemukakan resit tol;

d. Sekiranya pegawai gagal mengemukakan resit tol tuntutan Tambang Gantiannya tidak akan dibayar kecuali terdapat pengesahan menggunakan Touch & Go daripada Ketua Jabatan.

BAHAGIAN B : BAGI PERJALANAN KAPAL TERBANG/KERETAPI/TEKSI/BAS

7. Tambang Pengangkutan Awam(TPA)

a. Seseorang pegawai yang tidak menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam mengikut syarat-syarat seperti berikut;

(i) Teksi/ Kereta Sewa/ Bas/ Motobot/ Jenis Pengangkutan Lain Dalam Kategori Ini

Tambang lazim yang dikenakan bagi sesuatu perjalanan tersebut dan disokong dengan resit sekiranya resit ada dikeluarkan.

(ii) Kereta Api/ Kapal Laut/ Jenis Pengangkutan Lain Dalam Kategori Ini
- Jadual 1(d)

(iii) Kapal Terbang

- Resit Teksi bagi perjalanan dari Lapangan Terbang ke tempat bertugas/penginapan(pergi) dan bagi perjalanan dari Lapangan Terbang ke Ibu Pejabat/rumah(balik) yang telah disahkan hendaklah dikemukakan bersama.
- Hendaklah menaiki penerbangan MAS.
- Kelayakan tiket penerbangan seperti di Jadual 1(e)

8. Belanja Pelbagai

a. Seseorang pegawai sama ada bertugas di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Belanja Pelbagai seperti berikut:

(i) bayaran telefon, telegram, bayaran pos dan bayaran faks atas urusan rasmi;
(ii) belanja dobi yang disokong dengan resit apabila pegawai menginap di luar Ibu Pejabat tidak kurang dari 3 malam;
(iii) bayaran " Excess Baggage" untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit;
(iv) bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong dengan resit;
(v) 3 % daripada jumlah tuntutan perjalanan sebagai gantirugi berkaitan dengan pertukaran kepada matawang Thailand dan Indonesia;
(vi) bayaran letak kereta, tol dan tambang feri yang disokong dengan resit.

SENARAI SEMAK

1. Menggunakan Borang BK 1 dalam 2 Salinan

i. 1 salinan - simpanan Fakulti/Bahagian
ii. 1 salinan - dihantar ke Pejabat Bendahari

2. Borang yang lengkap dan telah disahkan oleh Ketua Jabatan dihantar ke Pejabat Am di Fakulti/Jabatan masing-masing supaya dapat dikemukakan ke Pejabat Bendahari melalui No. Siri Permohonan Pembayaran.

3. Butir-butir yang perlu disertakan:-

(i) Salinan Surat Arahan bertugas atau Surat Pengesahan / Minit Arahan Ketua.
(j) Resit Tol bagi perjalanan melalui lebuhraya bertol yang telah disahkan.
(k) Tiket Kapal Terbang dan Boarding Pass yang disahkan.
(l) Resit teksi bagi perjalanan dari Lapangan Terbang ke tempat bertugas/penginapan(pergi) dan bagi perjalanan dari Lapangan Terbang ke Ibu Perjabat/rumah (balik) yang telah disahkan.
(m) Resit-resit dan bil-bil yang telah disahkan.
(n) Slip bank (jika Ada) semasa membuat pertukaran matawang asing.
(o) Salinan Surat Tawaran, Borang Pengesahan menghadiri dan aturcara kursus/seminar.

4. Borang tuntutan hendaklah dikemukakan ke Pej. Bendahari dalam masa 14 hari selepas selesai bertugas rasmi.

RUJUKAN PEKELILING/SURAT PEKELILING /SURAT ARAHAN YANG TERLIBAT:

1. Pekeliling Perbendaharaan 3/2003
2. Pekeliling Perbendaharaan 6/2001
3. Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 2/1990
4. Perintah Am Bab "B"


ELAUN-ELAUN

1. Elaun Makan(EM) dan Elaun Harian(EH)

a. Kadar Elaun Makan yang layak dituntut bagi tiap-tiap kali bermalam di luar negeri adalah seperti di Jadual 1(a) .

b. Elaun makan juga layak dituntut jika seseorang pegawai itu meninggalkan tempat bertugas rasmi pada jam 6.00 petang atau selepasnya;

c. Seseorang pegawai yang meninggalkan tempat bertugas rasmi pada 1.00 tengah hari atau selepasnya tetapi sebelum jam 6.00 petang pada hari ketibaan atau pada hari –hari yang lain hanya layak menuntut Elaun Harian sahaja, iaitu separuh daripada Elaun Makan;

Elaun Harian(EH) = ½ x Elaun Makan(EM)

d. Seseorang pegawai yang sedang dalam perjalanan tetapi terpaksa menunggu penerbangan di sesuatu tempat di luar negeri yang tempohnya melebihi 6 jam adalah layak menuntut Elaun Harian(EH);

e. Seseorang pegawai tidak layak menuntut Elaun Makan(EM) atau Elaun Harian(EH) jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut. Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar-kadar seperti berikut:

(i) Sarapan Pagi - 20% daripada Elaun Makan
(ii) Makan Tengah Hari - 40% daripada Elaun Makan
(iii) Makan Malam - 40% daripada Elaun Makan

f. Sekiranya salah satu kemudahan disediakan maka unsur yang tidak disediakan itu layak dituntut. Sebagai misalan, sekiranya kemudahan penginapan sahaja disediakan maka pegawai layak menuntut Elaun Makan(EM). Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti 1(e);Elaun Makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus;

g. Sekiranya Penganjur menyediakan kemudahan bagi menampung perbelanjaan makan tersebut dalam bentuk wang, maka pegawai layak menuntut perbezaannya.

2. Bayaran Sewa Hotel(BSH) atau Elaun Lojing(EL)

a. Seseorang pegawai layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atas kadar sebenar seperti di Jadual 1(b) .

b. Bagi maksud memohon Pendahuluan Diri , kadar Bayaran Sewa Hotel seperti yang dinyatakan di Lampiran "A2" adalah digunakan sebagai panduan;

c. Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus;

d. Bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian dari kadar Bayaran Sewa Hotel itu;

e. Seseorang pegawai adalah layak menuntut Elaun Lojing(EL) mengikut kadar-kadar seperti yang dinyatakan di Lampiran "A2" jika tidak menuntut Bayaran Sewa Hotel;

f. Seseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika penginapan disediakan oleh Kerajaan dan Penganjur .

3. Elaun Dan Bayaran Semasa Singgah Dalam Perjalanan

a. Seseorang pegawai yang melakukan penerbangan melebihi dua belas (12) jam terus menerus untuk menuju matlamatnya, dibenarkan singgah bermalam untuk satu malam sahaja di sesuatu tempat dalam perjalanan itu, iaitu sekali semasa perjalanan pergi dan sekali dalam perjalanan pulang, dengan syarat perjalanan yang ditempuh(route) itu merupakan perjalanan yang diperakui singkat sekali. Bagi tempoh persinggahan tersebut, pegawai adalah layak menuntut Elaun Makan(EM) atau Elaun Harian(EH) seperti yang dinyatakan di perenggan 1 dan Bayaran Sewa Hotel(BSH) atau Elaun Lojing(EL) seperti yang dinyatakan di perenggan 2;

b. Seseorang pegawai yang perlu singgah bermalam semasa dalam perjalanan disebabkan oleh ketiadaan kapal terbang atau kemudahan pengangkutan lain dan juga perbelanjaan bermalam itu tidak diimbuhkan oleh mana-mana syarikat penerbangan adalah layak juga menuntut Elaun Makan(EM) atau Elaun Harian(EH) seperti yang dinyatakan di perenggan 1 dan Bayaran Sewa Hotel(BSH) atau Elaun Lojing(EL) seperti yang dinyatakan di perenggan 2.

4. Elaun Gantian Tetap

a. Seseorang pegawai layak menuntut Elaun Gantian Tetap(EGT) jika tempoh bertugas rasmi itu adalah melebihi 3 bulan tetapi kurang dari 6 bulan mengikut kadar seperti berikut:

( Elaun Makan + Elaun Lojing ) x Jumlah hari bertugas rasmi

b. Jumlah hari yang sebenar pegawai itu menjalankan tugas di luar negeri hendaklah dikira mulai dari hari ketibaannya. Seseorang pegawai yang pulang ke Ibu Pejabatnya secara sementara selama tidak lebih dari tujuh hari dan kembali meneruskan tugas yang sama tidak akan dianggap sebagai menjalankan tugas yang baru tetapi dikira sebagai menyambung tugas asalnya;

c. Seseorang pegawai layak menuntut mana-mana komponen Elaun Gantian Tetap(EGT) sama ada Elaun Makan(EM) atau Elaun Lojing(EL), jika komponen tersebut tidak disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut.

5. Tambang Pengangkutan Awam(TPA)

a. Seseorang pegawai yang tidak menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam mengikut syarat-syarat seperti berikut;

(i) Teksi/ Kereta Sewa/ Bas/ Motobot/ Jenis Pengangkutan Lain Dalam Kategori Ini

Tambang lazim yang dikenakan bagi sesuatu perjalanan tersebut:

(ii)Kereta Api/ Kapal Laut/ Jenis Pengangkutan Lain Dalam Kategori Ini

Tambang lazim yang dikenakan bagi sesuatu perjalanan tersebut dan disokong dengan resit sekiranya resit ada dikeluarkan.

(iii)Kapal Terbang
- Kelayakan seperti di jadual 1(c)

6. Elaun Pakaian Panas(EPP)

a. Seseorang pegawai, tetapi tidak termasuk pegawai yang berkhidmat di luar negeri yang tertakluk kepada arahan yang berasingan, adalah layak menuntut Elaun Pakaian Panas sebanyak $1500.00 sekali dalam tempoh tiga tahun apabila dikehendaki bertugas di Luar Negeri di negara/ kawasan beriklim sederhana. Bagi tujuan pembayaran Elaun ini, negara/ kawasan beriklim sederhana bermakna, negara/ kawasan yang terletak di utara Garisan Sartan(Tropic of Cancer) dan negara/ kawasan yang terletak di selatan Garisan Jadi(Tropic of Capricorn);

b. Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke Luar Negeri atau selewat-lewatnya satu bulan selepas pulang dari luar negeri;

c. Kelulusan Elaun hendaklah dicatatkan didalam Buku Perkhidmatan pegawai tersebut.

7. Belanja Perubatan

Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bertugas rasmi di luar negeri dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan perubatan adalah layak menuntut Belanja Perubatan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

a. Belanja perubatan hendaklah sebanyak yang munasabah. Jika terdapat Perkhidmatan Kesihatan Negara di negara berkenaan, seberapa boleh ianya hendaklah digunakan;

b. Belanja Perubatan itu hanya untuk bayaran bagi rawatan perubatan biasa sahaja;

c. Seseorang pegawai yang mendapat rawatan wad tidak layak menuntut Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel/ Elaun Lojing semasa di dalam hospital tersebut;

d. Bayaran hospital adalah ditanggung oleh Kerajaan dan pegawai hanya dikenakan bayaran wad menurut kadar yang ditetapkan bagi Dalam Negeri kecuali kecederaan yang berlaku semasa menjalankan tugas rasmi yang mana bayarannya adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan ;

e. Di negara yang mewajibkan pengambilan insurans perubatan bagi mendapatkan rawatan hospital, bayaran premium bagi seseorang pegawai itu adalah ditanggung oleh Kerajaan.

8. Belanja Pelbagai

a. Seseorang pegawai layak menuntut belanja pelbagai seperti berikut:-

(i) tambang pengangkutan awam tempatan jika kenderaan tidak disediakan;

(ii) bayaran telefon, telegram bayaran pos dan bayaran faks atas urusan rasmi;

(iii) belanja dobi yang disokong dengan resit;

(iv) bayaran Cukai Lapang Terbang yang disokong dengan resit;

(v) bayaran "Excess Baggage" untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit;

(vi) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan sebagai gantirugi berkaitan dengan pertukaran kepada matawang asing. Tiada gantirugi jika slip bank dikemukakan;

(vii) 15% daripada Elaun Makan(EM) bagi maksud bayaran "tips", "gratuities" atau "porterage".

(viii) Bayaran passport antarabangsa dan visa yang disokong dengan resit;
SENARAI SEMAK

1. Menggunakan borang seperti berikut :

i. Borang BK 2 dalam 2 salinan
- 1 salinan - simpanan Fakulti/Bahagian
- 1 salinan - dihantar ke Pejabat Bendahari

ii. Borang A diisi dalam 2 salinan setelah mendapat kelulusan Naib Canselor.

- 1 salinan - simpanan Fakulti/Bahagian
- 1 salinan - dihantar ke Pejabat Bendahari

2. Borang yang lengkap dan telah disahkan oleh Ketua Jabatan dihantar ke Pejabat Am di Fakulti/Jabatan masing-masing supaya dapat dikemukakan ke Pejabat Bendahari melalui No. Siri Permohonan Pembayaran.

3. Butir-butir yang perlu disertakan:-

(i) Salinan Surat Arahan Bertugas atau Surat Pengesahan / Minit Arahan Ketua.
(ii) Resit Tol bagi perjalanan melalui lebuhraya bertol yang telah disahkan.
(iii) Tiket Kapal Terbang dan Boarding Pass yang disahkan.
(iv) Resit teksi bagi perjalanan dari Lapangan Terbang ke tempat bertugas/penginapan(pergi) dan bagi perjalanan dari Lapangan Terbang ke Ibu Perjabat/rumah (balik) yang telah disahkan.
(v) Resit-resit dan bil-bil yang telah disahkan.
(vi) Slip bank (jika Ada) semasa membuat pertukaran matawang asing.
(vii) Salinan Surat Tawaran, Borang Pengesahan menghadiri dan aturcara kursus/seminar.

4. Borang tuntutan hendaklah dikemukakan ke Pej. Bendahari dalam masa 14 hari selepas selesai bertugas rasmi.

RUJUKAN PEKELILING/SURAT PEKELILING /SURAT ARAHAN YANG TERLIBAT:

1. Pekeliling Perbendaharaan 3/2003
2. Pekeliling Perbendaharaan 6/2001
3. Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 2/1990
4. Perintah Am Bab "B".


KURSUS PENDEK DI DALAM NEGERI

Seseorang pegawai yang mengikuti kursus pendek sepenuh masa di dalam negeri layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti berikut:

1. Di Luar Kawasan Ibu Pejabat

a. Elaun Makan dan jika perlu menginap Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimumnya atau Elaun Lojing bagi sepanjang tempoh kursus mengikut kadar seperti di Lampiran "B", sekiranya kemudahan makan dan penginapan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur;

b. sekiranya salah satu kemudahan disediakan, maka unsur yang tidak disediakan itu layak dituntut. Sebagai contoh, sekiranya kemudahan penginapan sahaja disediakan, maka pegawai layak menuntut Elaun Makan. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut:

(a) sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan;
(b) makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan;
(c) makan malam - 40% daripada Elaun makan;

c. Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum kelayakannya atau Elaun Lojing dan Elaun Makan/Elaun Harian bagi tempoh dua hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas berkursus mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. Bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada kadar Bayaran Sewa Hotel itu;

d. Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:

(i) perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian sekali sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian sekali sehari tidak melebihi 6 hari;

(ii) seseorang pegawai yang disangkutkan ke sesuatu pejabat dan diarahkan oleh Ketua Jabatan/Pegawai Pemerintah itu bagi menjalankan tugas rasmi layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan/Tambang Pengangkutan Awam mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

(iii) Elaun Perjalanan Kenderaan ini adalah tertakluk kepada syarat penggunaan kenderaan sendiri sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

(iv) seseorang pegawai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam mengikut mana yang lebih murah dan yang sepatutnya dinaiki tertakluk kepada syarat seperti berikut:

(i) Kereta Api
penggunaan perkhidmatan kereta api adalah dibenarkan mengikut kelayakan sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

(ii) Kapal Terbang
penggunaan perkhidmatan kapal terbang mengikut kelayakan pegawai hanya dibenarkan sekiranya difikirkan sangat perlu dan mustahak bagi seseorang pegawai sampai ke Pusat Pengajian pada masa yang ditetapkan. Cukai Lapangan Terbang layak dituntut;

(iii) Lain-Lain
penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain daripada yang dinyatakan di atas adalah dibenarkan dan tuntutan dibuat berasaskan kepada tambang lazim bagi satu perjalanan pergi dan balik sekali sahaja;

(v) seseorang pegawai yang memilih untuk menggunakan kenderaannya sendiri layak menuntut Tambang Gantian bagi satu perjalanan pergi dan balik sekali sahaja bersamaan dengan tambang lazim perkhidmatan pengangkutan awam yang sepatutnya dinaiki mengikut kelayakan dengan syarat dinyatakan di dalam baucar tuntutan yang ia telah menggunakan kenderaannya sendiri; dan

(vi) seseorang pegawai yang menuntut Tambang Gantian tidak layak menuntut apa-apa tambang atau apa-apa bayaran tambahan bersabit dengan perjalanan kapal terbang atau kereta api seperti tambang dari rumah ke lapangan terbang/stesen kereta api dan sebaliknya, tambang dari lapangan terbang/stesen kereta api ke tempat berkursus dan sebaliknya, bayaran Cukai Lapangan Terbang, bayaran tempat tidur dalam kereta api (berth charges), bayaran tol dan sebagainya;

2. Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat

a. Bayaran sebanyak RM15.00 sehari untuk hari-hari berkursus sahaja dengan syarat:

(i) kemudahan makan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur; dan
(ii) kursus itu diadakan di luar bangunan/kompleks tempat biasa pegawai bertugas

b. Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti di perenggan d. Kursus Pendek Di luar Kawasan Ibu Pejabat di atas.

KURSUS PANJANG DI DALAM NEGERI

Seseorang pegawai yang mengikuti kursus selain daripada yang diiktiraf sebagai kursus Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan, adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seperti berikut:

1. Di Luar Kawasan Ibu Pejabat

a. Elaun Sara Hidup sebanyak RM25.00 sehari bagi sepanjang tempoh kursus tertakluk kepada syarat seperti berikut:

(i) pegawai tidak menerima Arahan Pertukaran; dan
(ii) kemudahan makan dan penginapan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur;

b. sekiranya salah satu kemudahan sahaja disediakan, maka elaun yang tidak disediakan itu layak dituntut mengikut pecahan unsur elaun iaitu 50% untuk penginapan dan 50% untuk makan. Jika sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, maka pegawai layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu mengikut kadar seperti di perenggan b. Kursus Pendek Di Luar Kawasan Ibu Pejabat di atas;

c. sekiranya Pusat Pengajian mengarahkan seseorang pegawai mengikuti kajian luar/latihan amali atau disangkutkan di pejabat di luar Pusat Pengajiannya, maka pegawai layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti di perenggan a Kursus Pendek Di Luar Kawasan Ibu Pejabat di atas. Dalam tempoh ini pegawai tidak layak menuntut Elaun Sara Hidup seperti di perenggan a Kursus Panjang Di Luar Kawasan Ibu Pejabat;

d. Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum kelayakannya atau Elaun Lojing dan Elaun Makan/Elaun Harian bagi tempoh dua hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas berkursus mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. Bayaran perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada kadar Bayaran Sewa Hotel itu; dan

e. Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti di perenggan d Kursus Pendek Di Luar Pejabat di atas;

2. Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat

a. Elaun Sara Hidup sebanyak RM15.00 sehari sepanjang kursus tertakluk kepada syarat seperti berikut:

(i) pegawai yang berkursus di dalam kawasan Ibu Pejabat; atau
(ii) pegawai dari luar kawasan Ibu Pejabat yang menerima Arahan Pertukaran; dan
(iii) kemudahan makan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur; dan
(iv) kursus itu diadakan di luar bangunan/kompleks tempat biasa pegawai bertugas; dan

b. Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti di perenggan d Kursus Pendek Di Luar Kawasan Ibu Pejabat di atas.

Seseorang pegawai yang mengikuti kursus yang diiktiraf sebagai kursus Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan adalah tertakluk kepada peraturan yang berasingan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Persekutuan.

KURSUS SAMBILAN DI DALAM NEGERI

Seseorang pegawai yang mengikuti Kursus Sambilan yang dihadiri atas arahan Ketua Jabatan/Pegawai Pemerintah kerana kepentingan perkhidmatan adalah layak menuntut bayaran seperti berikut:

1. Di Luar Kawasan Ibu Pejabat

a. bayaran sebanyak RM10.00 sehari bagi hari-hari berkursus sahaja yang mana unsurnya terdiri daripada RM5.00 untuk bantuan makan dan RM5.00 untuk bantuan perjalanan sekiranya kemudahan makan dan pengangkutan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur; dan

b. bagi tujuan menghadiri Kursus Sambilan pegawai tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam; dan

2. Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat

a. bayaran sebanyak RM8.00 sehari bagi hari-hari berkursus sahaja yang mana unsurnya terdiri daripada RM5.00 untuk bantuan makan dan RM3.00 untuk bantuan perbelanjaan perjalanan sekiranya kemudahan makan dan pengangkutan tidak disediakan. Pegawai yang mengikuti Kursus Sambilan di dalam bangunan/kompleks yang sama tidak layak menuntut bayaran di atas.

SENARAI SEMAK

1. Menggunakan borang B.K.1 dalam 2 Salinan.

i. 1 salinan - simpanan Fakulti/Bahagian
ii. 1 salinan - dihantar ke Pejabat Bendahari

2. Borang yang lengkap dan telah disahkan dihantar ke Pejabat Am di Fakulti/Jabatan masing-masing supaya dapat dikemukakan ke Pejabat Bendahari melalui No. Siri Permohonan Pembayaran.

3. Butir-butir yang perlu disertakan:-

i. Salinan Surat Arahan berkursus atau surat pengesahan / minit arahan ketua.
ii. Resit Tol bagi perjalanan melalui lebuhraya bertol yang telah disahkan.
iii. Tiket Kapal terbang dan boarding pass yang telah disahkan.
iv. Resit Teksi bagi perjalanan dari Lapangan Terbang ke tempat bertugas/penginapan(pergi) dan bagi perjalanan dari Lapangan Terbang ke Ibu Pejabat/rumah(balik) yang telah disahkan.
v. Resit-resit dan bil-bil yang telah disahkan.
vi. Salinan Surat Tawaran Kursus dan Aturcara Kursus yang dihadiri.

4. Borang tuntutan hendaklah dikemukakan atau sekurang-kurangnya sampai ke Pej. Bendahari dalam masa 14 hari selepas selesai menghadiri kursus.

RUJUKAN PEKELILING/SURAT PEKELILING/ SURAT ARAHAN YANG TERLIBAT:

1. Pekeliling Perbendaharaan 3/2006
2. Pekeliling Perbendaharaan 6/2001
3. Pekeliling Perbendaharaan 4/1992
4. Pekeliling Perbendaharaan 8/1995
5. Surat Pekeliling Perbendaharaan 17/1995
6. Perintah Am Bab "B".


KURSUS PENDEK DI LUAR NEGARA

Seseorang pegawai yang berkursus pendek di luar negara adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti berikut:

a. kadar Elaun Makan yang layak dituntut bagi sepanjang tempoh kursus sekiranya kemudahan makan tidak disediakan adalah seperti di jadual 1(a).

b. had maksimum kadar Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing yang layak dituntut bagi sepanjang tempoh kursus sekiranya kemudahan penginapan tidak disediakan adalah seperti berikut:
(a) Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Yang Setaraf - Bilik Biasa
(b) Pegawai selain daripada di atas atau Yang Setaraf - seperti di Lampiran "C"
bayaran perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian dari kadar Bayaran Sewa Hotel itu;

c. sekiranya salah satu kemudahan sahaja yang disediakan, maka hanya unsur yang tidak disediakan itu layak dituntut. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan pegawai layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti;

(i) sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan;
(ii) makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan;
(iii) makan malam - 40% daripada Elaun makan;

d. Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum kelayakannya atau Elaun Lojing dan Elaun Makan bagi tempoh dua hari iaitu sehari sebelum berkursus dan sehari selepas tamat kursus mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. Bayaran Perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada kadar Bayaran Sewa Hotel itu;

e. Elaun Pakaian Panas mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

f. Bayaran pasport antarabangsa dan visa yang disokong dengan resit;

g. Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:

(i) perjalanan pergi balik dari tempat kediaman ke lapangan terbang, sekali sahaja;
(ii) perjalanan pergi balik dari lapangan terbang ke tempat penginapan, sekali sahaja;

h. perjalanan pergi balik dari tempat penginapan ke Pusat Pengajian sekali sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian sekali sehari tidak melebihi 6 hari;

i. seseorang pegawai yang disangkut ke sesesuatu pejabat dan diarahkan oleh Ketua Jabatan bagi menjalankan tugas rasmi layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

j. seseorang pegawai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:

(i) Kapal Terbang
penggunaan perkhidmatan kapal terbang mengikut kelayakan pegawai sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

(ii) Kereta Api
penggunaan perkhidmatan kereta api mengikut kelayakan pegawai sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

(iii) Lain-Lain
penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain daripada yang dinyatakan di atas dibenarkan dan tuntutan dibuat berasaskan kepada tambang lazim bagi satu perjalanan pergi dan balik sekali sahaja; dan

walau apapun peruntukan di atas, seseorang pegawai yang mengikuti kursus di luar negara selama 14 hari atau kurang secara berterusan yang dikira berdasarkan hari berkursus, layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan.

KURSUS PANJANG DI LUAR NEGARA

Seseorang pegawai yang mengikuti kursus panjang sama ada yang diiktiraf atau tidak sebagai kursus peringkat Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan adalah tertakluk kepada peraturan yang berasingan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Persekutuan.

SENARAI SEMAK

1. Borang B.K. 2 diisi dalam 2 salinan:-

i. 1 salinan disimpan di Fakulti/Bahagian
ii. 1 salinan di hantar ke Pejabat Bendahari

2. Borang yang telah lengkap dihantar ke Pejabt Am di Fakulti /bahagian masing-masing untuk dihantar ke Pejabat Bendahari melalui No. Siri Permohonan Pembayaran.

3. Butir-butir yang perlu dilampirkan:-

(i) Salinan Surat Tawaran, borang pengesahan menghadiri dan aturcara kursus/ seminar.
(ii) Tiket kapal terbang dan 'boarding pass' yang telah disahkan.
(iii) Resit-resit dan bil-bil yang telah disahkan.
(iv) Slip bank (jika ada) semasa membuat pertukaran matawang asing.

4. Borang tuntutan hendaklah dikemukakan atau sekurang-kurangnya sampai ke Bendahari dalam masa 14 hari selepas selesai menghadiri kursus.

RUJUKAN PEKELILING/SURAT PEKELILING/SURAT ARAHAN YANG TERLIBAT:

1. Pekeliling Perbendaharaan 3/2006
2. Pekeliling Perbendaharaan 6/2001
3. Pekeliling Perbendaharaan 4/1992
4. Pekeliling Perbendaharaan 8/1995
5. Surat Pekeliling Perbendaharaan 17/1995
6. Perintah Am Bab "B".

Last Updated on Wednesday, 20 January 2010 09:25